Sunday, October 9, 2011

Malam Pertama Kita.....

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susuk Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju

ke''Malam Pertama Kita''

Tuesday, August 16, 2011

Selamat menyambut Nuzul Quran




Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

SELAMAT BERAMAL...

Friday, August 5, 2011

madrasah Ramadhan

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

( Al-Baqarah : 183 )

Ramadhan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW sering berdoa bermaksud, „Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya‟aban dan sampaikan kami Ramadhan.‟ Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan ‘Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Bulan Ramadhan menyingkap beberapa peristiwa yang besar untuk kita sama-sama hayati dan teladani bersama di mana pada bulan yang mulia inilah diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan kita pada hari ini. Selain itu, berlakunya perang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam walaupun bilangan tentera Islam ketika itu hanya 313 orang berbanding tentera musuh 1000 orang. Di Bulan Ramadhan juga, Kota Mekah dapat ditawan dan dibuka kembali. Kesucian Kota Mekah dapat dirampas kembali dengan pertolongan Allah S.W.T..


Di kesempatan ini saya ingin mengucapakan selamat menjalani ibadah Ramadhan yang bukan semata-mata menahan diri dari lapar dan dahaga malah dapat mendidik hawa nafsu, kelakuan ( akhlak ) , pandangan, dan seumpanya sehingga menjadikan kita seorang muslim yang mukmin kepada muslim yang muttaqin semasa dan selepas berada di universiti Ramadhan.

Wednesday, July 13, 2011

Pengajaran Surah al Muddassir


1. Wahai orang Yang berselimut!
2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perbincangan pada kali ini adalah tentang surah al Muddassir yang merupakan surah yang menjadi watikah pelantikan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Selepas turunnya wahyu ini Nabi Muhammad wajib menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat sekeliling. Inilah sebenarnya asas Ajaran Islam iaitu menyampaikan ada dari dari tuhan kepada manusia.

• Ayat pertama

Allah menyeru Nabi Muhammad sebagai orang yang berselimut. Ini Kerana baginda masih lagi takut dan gerun dengan apa yang telah berlaku dengan kejadian wahyu yang pertama yang Jibril telah datang kepada baginda dalam keadaan yang menakutkan.

• Ayat kedua

Allah telah memerintahkan nabi Muhammad agar bangun dan beri peringatan kepada masyarakat tentang Islam. Allah adalah tuhan yang telah menciptakan segalanya dan yang wajib diperhambahan diri dan wajib di taati segala perintahnya dan ditinggalkan segala larangannya. Rasululullah juga diperintahkan untuk memberi peringatan tentang azab neraka di akhirat bagi sesiapa yang engkar dan menolak ajaran Islam.

• Ayat ketiga

Allah telah memerintahkan agar manusia mengagungkan Allah dalam apa jua aspek kehidupan. Hanya Allah yang dipuji dan dipuja setiap masa. Kata-kata Allah adalah benar dan tepat, tidak boleh didolak dalik lagi. Manusia di kira engkar jiga lebih mengagungkan orang lain lebih dari Allah. Siapakah yang lebih hebat dari Allah sehingga ianya dipuja dan dipuji melebihi Allah Taala. Allah telah memberi kita kehidupan yang amat indah ini, anggota badan yang amat sempurna, emosi dan perasaan amat tinggi dan pelbagai lagi. Selayaknyalah Allah dipuji dan dipuja kerana tanpa Allah kita tak akan dapat merasa ini semua. Orang lain yang kita puji dan puja sebagai contoh orang yang berkuasa dan berpangkat, apakah jasa mereka kepada manusia? Inilah perintah Allah yang terpaksa nabi bawa mengagongkan tuhan dan mengenepikan ketuanan manusa. Inilah sebab utama Abu Jahal dan penguasa Mekah sangat melenting dengan Rasulullah.

• Ayat keempat

Sebagai seorang Islam yang beriman yang akan membawa wadah Islam, wajib bagi mereka untuk memastikan kebersihan pakaian dan tempat tinggal kerana kebersihana adalah satu tanda maruah tinggi dan ciri ketamadunan manusia. Bagaimana kita hendak memimpin manusia sedangkan kehidupan dan penampilan masih kotor dan menjijikkan. Disinilah dalil utama Islam mementingkan kebersihan.

• Ayat kelima

Apa saja unsur yang negatif yang tidak mengundang apa-apa keuntugan hendaklah dijauhi. Hindarilah perkara-perkara yang menjadi sebab kemurkaan Allah yang menyebabkan kita layak menerima azab di Akhirat nanti.
• Ayat keenam
Sebagai Orang Islam hendaklah mengingati bahawa hendaklah ikhlas dalam kehidupan. Jangan membuat sesuatu perkara dan mengarapkan balasan dan layana yang lebih baik. Jangan meletakkan harapan kepada manusia. Setiap perkara yang baik, Allah yang akan membalasnya.

• Ayat ketujuh

Hendaklah kita bersabar kerana tuhan. Bersabar melaksanakan perintah Allah. Bersabar menyebarkan dakwah Islam. Bersabar membimbing masyarakat untuk memahami Islam. Sudah menjadi hukum alam bahawa penyebaran Islam akan mendapat tentangan dan cabaran. Ia perlu dihadapi dengan sabar dan itulah kunci kejayaan.

Wednesday, June 1, 2011

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Palastine Terkini

 
Template Design By:
Faris vio