Monday, January 11, 2010

zionis la'natullah.....

Inilah kekejaman zionis terhadap Rakyat Palastine di semenanjung Gaza. Saya tidak mampu untuk menulis panjang skirp ini kerana terlalu sedih melihat kekejaman yang sedang ditanggung oleh meraka baik orang tua mahupun kanak-kanak yang tidak berdosa. Benarlah..sabda Rasullah s.a.w "di akhir nanti ummat Islam terlalu ramai tetapi bagaikan buih-buih di lautan.."tidak mampu untuk membela saudara sendiri tetapi sentiasa mengikut telunjuk musuh..
"Qulil haq walau kaana murran"
"berkatalah benar walaupun ianya pahit"


Dengarlah wahai para pemimpin Islam, apakah kita sudah bersedia bertemu dihadapan Allah s.w.t dengan tanggungjawab yang diberikan kepada kita?, apakah kita sudah bersedia berhadapan dengan Allah sedangkan saudara kita dianiaya sebegitu rupa?, Ingatlah..suatu hari kelak yang pasti datang dalam keadaan semua orang membela diri sendiri daripada terjerumus ke dalam NERAKA ALLAH YANG DAHSYAT , TIDAK MAMPU DITANGGAPI OLEH PANCAINDERA..adakah mereka akan membela kita sebagai pemimpin sedangkan mereka semua tidak pernah mengecapi dan merasai kehidupan yang bahagia seperti orang lain semasa hayat mereka.. Renungkanlah..








Topik :: Berita
Kategori :: TAR DuniaIslam

Kunjungan :: 828 hits
Tarikh :: Khamis, 24 Januari, 2008 - 06:53 AM
Kiriman :: UstazHalim

Tamatkan Kepungan di Gaza, Palestin


Hanya parti yang bankkrap ideologi perjuangannya, tak tahu ke mana nak dibawa umatnya, akan bersekongkol dengan musuh menindas para pengundi yang tidak memilih parti tersebut dalam pilihanraya. Demikian Parti Fatah (pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas) bertindak ke atas bukan sahaja terhadap Parti Hamas (pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh) malah terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, samada pengundi maupun remaja, kanak-kanak malah bayi-bayi tak cukup bulan dalam incubator di hospital-hospital Gaza. Kelmarin, bekalan elektrik terputus lantaran bekalan minyak disekat sekian lama. Kekurangan bahan makanan mencetuskan isu kemanusiaan di dunia moden Abad 21. Kalau dizaman Imperialis Barat kurun-kurun 16-20, kisah-kisah kem tahanan banyak menyayat hati. 1,500,000 orang Islam Algeria mati akibat perilaku Penjajah Perancis, ratusan ribu orang Islam Libya dibunuh Penjajah Itali dan begitu juga di negara-negara Islam yang lain, abad 21 hari ini menyaksikan 1.5 juta orang Palestin mengalami nasib yang sama oleh penjajah yang sama. Kali ini ia berlaku di depan mata umat seluruh dunia melalui media internet dan satelit yang serba canggih, menyaksikan perkembangan yang menyayat hati dari hari kesehari. Namun apa tindakan amali yang diputuskan oleh ketua-ketua negara umat Islam hingga ke saat ini?

Gaza adalah sebuah wilayah kecil, 360 km persegi, besar sedikit dari pulau Pulau Pinang (300 km persegi). Dikepung oleh Israel di sempadan sebelah utara dan timur. Laut di sebelah barat dan udara dikuasai Israel juga. Harapan yang tinggal hanya sempadan di sebelah barat bersama Mesir. Namun penguasaan Amerika terhadap politik Mesir menyebabkan ahli politik pemerintah Mesir memilih bersama Israel, Presiden Palestin Mahmud Abbas dan Jordan dalam agenda “Sidang Damai” menentang kemenangan dan agenda HAMAS (sayap Ikhwan Muslimin Palestin) kearah memerdekakan Palestin tanpa melalui banyak sidang yang sering menipu. Parti Kebangsaan Demokratik, pimpinan Husni Mubarak menghadapi saingan tunggal terhebat hanya dari pengaruh dan kredibiliti Ikhwan Muslimin Mesir.

Sejak HAMAS memenangi Pilihanraya Umum 25.1.2006 dua tahun lalu, Amerika dan Israel mengajak dunia memboikot dan mengepung Gaza yang memilih kepimpinan HAMAS. Tiada bantuan kewangan dari luar dibenarkan masuk, tunai atau melalui bank. Bantuan untuk Belanjawan Tahunan Negara disekat. Perdana Menteri, Ismail Haniyeh setelah setahun setengah memerintah hanya mengambil gaji untuk 2 bulan sahaja sebagai langkah berjimat. Puluhan ribu kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji sepatutnya. Negara-negara Arab dan Islam takutkan Amerika untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Palestin yang menang Pilihanraya. Jika ada bantuan berjuta yang disiar kepada orangramai di suratkhabar, saya dapati ia disalurkan kepada PLO, wakil resmi di negara-negara di dunia, bukan kepada Kerajaan Palestin yang menang Pilihanraya. PLO diisi penuh dan kukuh oleh Parti FATAH sejak dahulu hingga ke hari ini. FATAH tewas antara lain kerana rekodnya menyelewengan wang rakyat yang disalur oleh negara-negara kaya yang menderma sejak sekian lama.

Isu kemanusiaan semakin meruncing sejak kebelakangan ini apabila bekalan makanan dan tenaga minyak untuk kenderaan dan menjana elektrik disekat yang boleh melumpuhkan aktiviti masyarakat termasuk kemudahan perubatan di hospital. Hakikatnya dunia Abad 21 hari ini menyaksikan Kem Tahanan Gaza seperti kem-kem tahanan kurun-kurun lampau. Moga dengan robohnya sebahagian tembok sempadan Gaza-Rafah (Mesir) Khamis 24.1.2008 semalam diledak oleh HAMAS, akan membantu kemasukan barangan dan bahanapi dan mengurangkan penderitaan saudara seIslam kita di sana. Namun sudah tentu ia belum boleh membawa kepada penyelesaian menyeluruh isu Palestin dan pembebasannya dari Penjajahan Yahudi dan Amerika.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA Khamis 24.1.2008 semalam di Ibu Pejabat ISMA, Bangi, kami berkeputusan untuk menengahkan isu Palestin dengan lebih lagi kepada masyarakat Islam di Malaysia. Manakala pada peringkat negeri di mana saya sebagai Ketua Perhubungan Negeri (KPN), seperti tahun-tahun lalu, kita akan mengadakan Malam Palestin (expo - ceramah/forum - nasyid tentang Palestin) di Kuala Pilah pada 15 Februari 2008, di Port Dickson pada 2 Mei 2008 dan di Seremban pada 8 Ogos 2008 sempena Israk Mikraj.

Kita meyakini bahawa Penjajahan Yahudi dan Amerika ke atas bumi Palestin dengan nama “negara Israel” adalah didokong oleh umat dan pemimpin Barat dibawah naungan PBB. Ia tidak mungkin selesai kecuali dengan dokongan seluruh umat dan pemimpin Islam dibawah naungan Khilafah Islam yang hakiki [lihat Amal 7]. Kejayaan menyelesaikan isu ini dijamin ALlah swt dalam Al-Quran. Persoalannya bila dan oleh siapa. Bila … kita serahkan kepada Allah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana. Siapa … kita ke cermin muka dan bertanya kepada diri sendiri dengan soalan oleh ALlah taala. “Wahai orang-orang beriman, kenapa kamu apabila dikata kepada kamu “Keluarlah berjuang dijalan ALlah”, kamu berat untuk bergerak. Adakah kamu syok dengan kehidupan di dunia berbanding Akhirat, (sedang) tidaklah kehidupan di dunia (dibanding) dengan Akhirat itu melainkan sedikit (sangat kenikmatannya). Jika kamu tidak keluar (berjuang) Allah menazab kamu dengan zab yang pedih dan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain …” (At-Taubah:38-39).

Adakah aku hendak berjuang semaksima mungkin menolong Agama ini? Atau aku leka dengan kerjaya, business, banglo, harta wang ringgit, sijil, pangkat, keluarga semata-mata…? Mampukah aku melepasi azab Allah atau menanggungnya jika ia telah diputuskan mengena aku? Mahukah aku dipilih Allah untuk termasuk dalam senarai penolong-penolong agamaNya? Nak Allah gantikan aku dengan calun lain, yang sering berdoa memohon dalam ibadahnya di tengah malam …???


Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden ISMA
www.inijalanku.wordpress.com

Palastine Terkini

 
Template Design By:
Faris vio