Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah s.w.t terhadap orang yang melakukan kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah s.w.t akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, February 22, 2010

semoga berjaya....amin...



This month is the month in semester 3 final exam ...
all friends struggling revised subjects without tired ...
I hope all friends can answer the final exam as possible consistent with what has worked ..
May Allah give success to all in the test ... even more success in the world and the Hereafter ...

Sunday, February 21, 2010

Wahai....Para wanita!!!!


(gambar hiasan)

seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka?
na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi
sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

pertama:-ayahnya
apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia
akan ditarik oleh anaknya.

kedua:-suaminya
apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc
solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ketiga:-abang-abangnya
apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak
abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.

keempat:-anak lelakinya
apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari
islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan
ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak
silap

firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

hai wanita, kasihlah ayah mu, suami anda, abang-abang mu serta anak-anak
lelaki mu...kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah
ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

akhir kalam,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan
tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT menjanjikan setiap seseorang
muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap
kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji
dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Palastine Terkini

 
Template Design By:
Faris vio