Tuesday, December 22, 2009


Anak ku,
Tahukah kau,
Betapa gembiranya hati ibu, bila mendengar tangisan pertama mu
Biarpun tempoh menanti jerit tangis itu
Bergelut dengan kudrat dan nyawa.
Namun ibu bangga, kerana pertarungan itu di akhiri dengan zuriat
Yang sekian lama di nanti,
Anak ku,
Terasa baru semalam ibu mendodoi mu
Meriba dan menyusui mu
Bagaikan baru kelmarin kau berlari lari anak
Belajar bercakap, merengek minta di belai,
Di suap nasi kemulut,
Hingga ibu lupa,
Rupanya Anak ibu dah besar panjang pun,
Ingatlah duhai manja ku,
Kita bukan orang senang
Ibu tiada harta untuk di tinggalkan.
Kecuali ilmu yang kau ada
Ibu dah bekal kan kau dengan agama
Amalkanlah setiap masa.
Buatlah apa yang di suruh tinggalkanlah apa yang ditegah
Pesan ibu
Jangan kau bazirkan masa dengan yang bukan bukan
Jangan ikut keletah rakan rakan mu
Gunakanlah peluang ini kerana ia datang hanya sekali
Dan ketika ia kembali ibu dapat bayangkan
Betapa bahagianya hidup ibu
Betapa ringannya bebanan ibu, bila kau datang membantu
Adik adikmu yang masih bersekolah,
Dan pasti ketika itu
Kita dah tak lagi tinggal di rumah usang
Biarpun masanya masih panjang lagi
Tapi ibu sentiasa mendoakan
Agar Ia menjadi kenyataan,
Walau betapa sukarnya
Bermain dengan keringat
Bermandikan peluh untuk memlihara mu
Tapi ibu berharap sangat
Jangan persiakan keringat ibu ini duhai anak ku.........

No comments:

Palastine Terkini

 
Template Design By:
Faris vio