Thursday, March 18, 2010

Rayuan Sumbangan Dana Bangunan Surau Darul Hidayah

Darul Hidayah adalah sebuah perkampungan yang telah dibuka pada tahun 1986 berkonsepkan jemaah. Telah menjadi kelaziman semua aktiviti-aktiviti perkampungan dijalankan secara bergotong-royong. Sumber kewangan daripada sumbangan ahli jemaah dan penderma. Surau yang sedang digunakan sekarang adalah hasil kerjasama penduduk selama ini.

Terdapat 206 lot di Perkampungan Darul Hidayah, buat masa ini sebanyak 121 lot telah diduduki dengan kapasiti 500 orang jemaah. Dijangka akan berlaku pertambahan penduduk dengan pembukaan Perkampungan Darul Taqwa bersebelahan Darul Hidayah.




Kami mengambil inisiatif bahawa dengan pertambahan penduduk kini sewajarnya kami mengambil langkah awal dengan membina semula surau yang sedia ada, lebih lengkap dengan adanya ruang solat berhawa dingin, dewan, bilik ICT, tadika Pasti, pejabat dan lain-lain.
Semoga dengan terbinanya surau baru nanti dapat membangunkan roh keagamaan (kerohanian) disamping menarik minat dan menggalakkan lebih ramai individu kea rah mendekatkan diri dengan agama seterusnya membina akhlak yang mulia..insyallah…



Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
1. Mohamad Jan Sulong 019-270 4423
2. Hj. Wan Yunus A.Rahman 013-380 6710
3. Hj. Yunus Bahari 019-228 9221

Firman ALLAH s.w.t:

"Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa sebiji benih yang menubuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai; seratus biji. Dan ( ingatlah ), ALLAH akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya), lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Baqarah: 261)

No comments:

Palastine Terkini

 
Template Design By:
Faris vio