Wang syiling jatuh di
hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu
, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya
segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung
semula kerjanya.Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari
sisinya .
Lelaki itu menoleh ke
kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali
lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama
kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun
sama , dia mengambil dan menyimpannya ."Rezeki aku !" Kata lelaki itu
dalam hati.
Lelaki itu tidak
sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan
bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya, ketuanya mahu
memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil
lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana
itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan
pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga
habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak
ke atas.Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di
lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu
mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke
atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.Barulah
dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian,
Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak
terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu
panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur
dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas,
sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.Seperti kisah
ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan,
keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa
kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk
bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment