Rasulullah SAW sangat
mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Yang berikut adalah contoh sikap
luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:
1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.
Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menjahit dan
menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.
Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk
keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.
Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada
makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW
menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan
mesra. Contoh: Aisyah RA dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang
kemerah-merahan) oleh baginda.
3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya
menyediakan makanan.
Contoh: Suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi.
Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk
sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke
pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa
wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja
hari ini,” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.
4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami
sedang memukul isterinya.
Contoh: Suatu ketika beliau melihat seseorang memukul
isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah
diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”
Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu,
aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”
5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.
Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa
sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah
pemimpin terbesar di dunia.
No comments:
Post a Comment