"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang
guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang
berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni
yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar
yang mereka temui di sepanjang jalan.
"Cukup?" tanya anak muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa.
Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.
"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya, ya..."kata si murid, agak kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan
apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak
sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar
kot,"kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan
guni yang meberisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan
batu-batu Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa"
"Eh, kalau begitu… letih sahajalah saya,"Balas
anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam
beramal,"
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak
ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang
yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau
keperluan, tetapi
hanya batu-batu."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang,
tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat Hanya penat."
"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi
tidak ikhlas!" Ujar si murid.
PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana
mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri
terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.
Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia,
terseksa di Akhirat"
# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd
sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .
No comments:
Post a Comment